Rabu, 27 Disember 2017 | 2:22pm
ANGGOTA bomba mengambil masa kira-kira 25 minit untuk memadamkan kebakaran sebuah rumah di tingkat 2, Dataran Automobil yang berpunca dari pengecas telefon bimbit. - Foto Ihsan Bomba
ANGGOTA bomba mengambil masa kira-kira 25 minit untuk memadamkan kebakaran sebuah rumah di tingkat 2, Dataran Automobil yang berpunca dari pengecas telefon bimbit. - Foto Ihsan Bomba

Pengecas telefon punca rumah terbakar

SHAH ALAM: Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila pengecas telefon bimbit yang sedang digunakan terbakar, di rumahnya di Dataran Automobil, Seksyen 15, di sini, awal pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Shah Alam, Supritendan Nek Zaidi Zakaria, berkata dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi tadi, mangsa mengecas telefon bimbitnya di atas tilam di dalam bilik.

Mangsa kemudian ternampak percikan api dari pengecas telefon bimbit berkenaan dan percikan itu terkena pada tilam.

"Percikan itu menyambar tilam mangsa. Dia cuba memadam api di itu tetapi tidak berjaya kerana material tilam mudah terbakar.

"Mangsa terus menghubungi pihak polis dan bomba kerana api semakin marak dan merebak. Dipercayai kebakaran berpunca dari litar pintas" katanya kepada BH, di sini, hari ini.

ANGGOTA bomba mengambil masa kira-kira 25 minit untuk memadamkan kebakaran sebuah rumah di tingkat 2, Dataran Automobil yang berpunca dari pengecas telefon bimbit. - Foto Ihsan Bomba
ANGGOTA bomba mengambil masa kira-kira 25 minit untuk memadamkan kebakaran sebuah rumah di tingkat 2, Dataran Automobil yang berpunca dari pengecas telefon bimbit. - Foto Ihsan Bomba

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seksyen 15, Azmel Kamaruddin, berkata pihaknya mengambil masa kira-kira 25 minit bagi memastikan api padam sepenuhnya.

Katanya, kebakaran itu membabitkan kawasan ruang tamu serta bilik.

"Bomba turut melakukan pemantauan selepas api berjaya dipadam kerana mahu memastikan tiada nyalaan semula," katanya.

Berita Harian X