Rabu, 20 Disember 2017 | 1:56am
KEADAAN kereta Proton Wira dinaiki dua mangsa yang maut selepas bertembung dengan Toyota di Jalan Mersing-Endau, petang tadi. - Foto ihsan bomba
KEADAAN kereta Proton Wira dinaiki dua mangsa yang maut selepas bertembung dengan Toyota di Jalan Mersing-Endau, petang tadi. - Foto ihsan bomba
ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa tersepit dalam kemalangan membabitkan dua kereta yang menyebabkan dua lelaki terbunuh dan empat cedera di Jalan Mersing-Endau, petang Selasa. - Foto ihsan bomba
ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa tersepit dalam kemalangan membabitkan dua kereta yang menyebabkan dua lelaki terbunuh dan empat cedera di Jalan Mersing-Endau, petang Selasa. - Foto ihsan bomba

Dua maut nahas 2 kereta

MERSING: Dua lelaki maut manakala empat lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Jalan Mersing-Endau, di sini pada petang Selasa.

Dalam kejadian jam 2 petang, Proton Wira dinaiki dua mangsa bertembung dengan sebuah kereta jenama Toyota sebelum terbabas ke parit di tepi jalan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, berkata pihaknya menerima panggilan kejadian jam 2.30 petang.

"Dua mangsa yang menaiki Proton Wira maut di lokasi kejadian, manakala empat yang menaiki Toyota cedera," katanya dalam kenyataan.

Katanya, bomba mengambil masa sejam untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dan operasi tamat jam 3.15 petang semalam.

Berita Harian X