Jumaat, 1 Disember 2017 | 8:10pm
DUA maut dalam nahas kereta bertembung dengan sebuah bas di KM39 Jalan Beruas-Parit, Perak petang tadi. - Foto ihsan bomba

Dua maut kereta bertembung bas

PARIT: Dua lelaki maut selepas kereta dinaiki bertembung dengan sebuah bas di Kilometer (KM) 39 Jalan Beruas-Parit, petang tadi.

Dalam kemalangan jam 4.30 petang itu, Turgkaraaj, 29, yang juga pemandu kenderaan beralamat di Taman Klebang Ria, Ipoh serta penumpang hadapan kereta, A Anand Raj, 28, beralamat di Desa Rishah Buntong, Ipoh, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.

DUA maut dalam nahas kereta bertembung dengan sebuah bas di KM39 Jalan Beruas-Parit, Perak petang tadi. - Foto ihsan bomba
DUA maut dalam nahas kereta bertembung dengan sebuah bas di KM39 Jalan Beruas-Parit, Perak petang tadi. - Foto ihsan bomba

Timbalan Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Deputi Superintendan Ahmad Fauzi Saad, berkata siasatan awal mendapati pemandu kereta dari arah Parit menghala ke Ipoh itu dipercayai gagal mengawal kenderaan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan bas.

"Pemandu dan penumpang kereta yang cedera parah meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu bas bersama dua penumpang tidak mengalami kecederaan," katanya di sini, hari ini.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata pihaknya mendapati dua mangsa berkenaan tersepit di tempat duduk pemandu dan penumpang.

"Mayat mangsa diserahkan kepada polis manakala operasi menyelamat tamat pada jam 5.15 petang," katanya.

DUA maut dalam nahas kereta bertembung dengan sebuah bas di KM39 Jalan Beruas-Parit, Perak petang tadi. - Foto ihsan bomba
DUA maut dalam nahas kereta bertembung dengan sebuah bas di KM39 Jalan Beruas-Parit, Perak petang tadi. - Foto ihsan bomba

Berita Harian X