Jumaat, 24 November 2017 | 11:12pm

9 ditahan ceroboh hutan simpan Selangor

KLANG: Sembilan individu ditahan kerana menceroboh beberapa kawasan hutan simpan di negeri ini.

Mereka ditahan dalam operasi bersepadu lima hari bermula 20 November lalu hingga hari ini, membabitkan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dan Jabatan Perhilitan Negeri Selangor (JPNS).

Timbalan Pengarah Pembangunan JPSM, Abdul Khalim Abu Samah berkata, tujuh daripada individu yang ditahan adalah warga tempatan, manakala dua adalah warganegara Indonesia.

"Semua individu berkenaan berusia antara 35 tahun dan 55 tahun itu ditahan di beberapa kawasan larangan dan dipercayai terbabit melakukan beberapa aktiviti yang bertentangan dengan Akta Perhutanan Negara 1984.

"Sepanjang operasi lima hari, kami mendapati pelbagai pencerobohan dilakukan, antaranya penanaman kelapa sawit dan pisang secara haram, pemotongan kayu bakau, selain memasuki hutan simpan tanpa permit yang sah," katanya pada sidang media Majlis Penutupan Operasi Bersepadu JPSM-JPNS, di sini, hari ini.

Operasi itu turut disertai beberapa agensi lain, antaranya Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Beliau berkata, antara lokasi yang diperiksa sepanjang operasi adalah Hutan Simpan Ayer Hitam, Pulau Ketam (Klang), Kuala Kubu Bharu dan Hulu Langat. K

atanya, operasi berkenaan membabitkan kira-kira 50 peratus kawasan hutan simpan di negeri ini dengan keluasan 125,000 hektar.

Berita Harian X