Sabtu, 11 November 2017 | 8:26pm
ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan jari kanak-kanak yang tersekat pada lubang kunci tombol pintu di Hospital Taiping. - Foto ihsan bomba
ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan jari kanak-kanak yang tersekat pada lubang kunci tombol pintu di Hospital Taiping. - Foto ihsan bomba

Jari kanak-kanak tersekat dalam tombol pintu

TAIPING: Tangan kiri kanak-kanak berusia lapan tahun terpaksa dibius selepas jari telunjuknya tersekat pada lubang kunci tombol pintu di rumah mangsa di Kampung Pak Darus, di sini hari ini. 

Mangsa, Mohammad Fakhrullah Ishak mengalami kecederaan di telunjuk jari tangan kiri akibat kejadian itu. 

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taiping, Mazly Abd Mutalib, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada kakitangan Hospital Taiping bagi mengeluarkan jari mangsa daripada tombol pintu terbabit pada jam 4.21 petang tadi. 

ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan jari kanak-kanak yang tersekat pada lubang kunci tombol pintu di Hospital Taiping. - Foto ihsan bomba
ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan jari kanak-kanak yang tersekat pada lubang kunci tombol pintu di Hospital Taiping. - Foto ihsan bomba

Katanya, sebaik tiba anggota bomba mendapati jari mangsa mengalami luka dan sedikit pendarahan. 

"Kita meminta pihak hospital membius tangan mangsa kerana dikhuatiri akan menambah kesakitan pada dirinya sekiranya anggota mengeluarkan jarinya. 

"Susulan itu, anggota bomba bertindak menggunakan gergaji serta pemotong untuk memecahkan tombol pintu berkenaan. 

"Jari mangsa berjaya dikeluarkan dengan selamat dan mangsa diserahkan kepada pihak hospital untuk rawatan lanjut. 

"Operasi itu tamat pada jam 5.46 petang," katanya.

Berita Harian X