Selasa, 24 Oktober 2017 | 10:33pm
KEDIAMAN mangsa bunuh diri di Seksyen 9, Shah Alam.
KEDIAMAN mangsa bunuh diri di Seksyen 9, Shah Alam.

Pemuda kemurungan tembak diri sendiri

SHAH ALAM: Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah bersama selaras senapang patah di kediaman keluarganya di Seksyen 9, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, mayat mangsa berumur 26 tahun itu ditemui di bilik utama kediaman oleh nenek dan pembantu rumah.

"Dalam kejadian jam 5.31 petang tadi, mangsa yang tidak bekerja dipercayai tembak diri sendiri menggunakan senapang patah milik bapanya.

"Siasatan awal mendapati ketika kejadian, nenek dan orang gajinya terdengar tembakan di bilik utama, kemudian membuka pintu dan mendapati mangsa dalam keadaan terbaring berlumuran darah," kataya kepada BH di sini, hari ini.

Shafien berkata, siasatan awal mendapati senjata api itu milik bapa mangsa yang juga seorang ahli perniagaan dan mempunyai lesen.

"Berdasarkan keterangan keluarga, mangsa yang tinggal bersama nenek dan pembantu rumah mengalami kemurungan sejak beberapa bulan lalu.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk tujuan bedah siasat. Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

Berita Harian X