Sabtu, 16 September 2017 | 6:53am

Penduduk kampung 'iringi' Mohd Amrul Nizam

TUMPAT: Kira-kira 1,000 penduduk mengiringi pengebumian jenazah warden Pusat Tahfiz Quran Ittifaqiyah, Mohd Amrul Nizam Sakarno, di Tanah Perkuburan Islam Masjid Tujoh, Pengkalan Kubor, di sini, pagi tadi.

Jenazah Mohd Amrul Nizam, 25, yang tiba jam 2 pagi sebaik bertolak dari Hospital Kuala Lumpur petang tadi selamat dikebumikan pada jam 2.40 pagi tadi.

Terdahulu, jenazahnya disembahyangkan di rumahnya di Kampung Tujoh, yang diimamkan oleh Bilal Masjid Mukim Tujoh, Ramli Senik.

Suasana pilu dan tangisan mengiringi upacara pengebumian anak kelima daripada lapan beradik itu, terutama isterinya, Nor Fatihah Othman, 23 yang baru setahun mendirikan rumah tangga.

Bacaan tahlil dan talkin dibacakan oleh sahabat arwah sendiri, Mohd Fadli Mamat.

Mohd Amrul Nizam adalah antara 23 mangsa yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Pusat Tahfiz Quran Ittifaqiyah, Datuk Keramat, Kuala Lumpur, pagi kelmarin.

Jenazahnya dibawa pulang sebaik selesai proses bedah siasat dan bertolak kira-kira jam 6.45 petang semalam.

Arwah juga adalah bekas pelajar tahfiz terbabit, sejak berusia 13 tahun. Beliau kemudian melanjutkan pengajian di Indonesia selama tiga tahun dan kembali berkhidmat di pusat tahfiz itu.

Allahyarham Mohd Amrul Nizam mendirikan rumahtangga September tahun lalu dan baru kembali ke Kuala Lumpur dari cuti sempena Aidiladha, Ahad lalu.

PENDUDUK kampung bersama anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Tumpat mengusung jenazah allahyarham warden, Mohd Amirul Nizam Sakarno yang terkorban dalam kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Tujoh. - Foto Fathil Asri

AHLI keluarga menyiram air di pusara Allahyarham Mohd Amirul Nizam Sakarno di Tanah Perkuburan Islam Masjid Tujoh yang terkorban dalam kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur. - Foto Fathil Asri

Berita Harian X