Rabu, 6 September 2017 | 2:42pm
ANGGOTA polis menyiasat lokasi serangan molotov koktail di sebuah kelab malam di Kota Damansara. - Foto Osman Adnan
ANGGOTA polis menyiasat lokasi serangan molotov koktail di sebuah kelab malam di Kota Damansara. - Foto Osman Adnan

Dua ditahan kes serangan molotov koktail

PETALING JAYA: Polis menahan dua individu disyaki terbabit dalam kes serangan molotov koktail di sebuah kelab malam di Kota Damansara, Isnin lalu.

 

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, berkata kedua-dua suspek berusia 30-an ditahan di sekitar sini pada jam 5.30 petang semalam.

"Mahkamah Petaling Jaya membenarkan permohonan perintah reman selama empat hari bermula hari ini untuk membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan.

Isnin lalu, seorang pekerja warga Bangladesh melecur di kepala dan tangan selepas terkena molotov koktail yang dibaling dua lelaki di sebuah kelab malam di Jalan PJU5/1 Kota Damansara.

 

Dalam kejadian itu, mangsa dikenali sebagai Sujan, 30-an berada di luar premis berkenaan sebelum dua lelaki dipercayai rakyat tempatan membaling dua botol plastik berisi petrol dibalut yang kemudian meletup dan mengenainya.

Berita Harian X