Ahad, 3 September 2017 | 5:29pm
KEADAAN rumah pekerja yang musnah dalam kebakaran yang berpunca dari puntung rokok di Julau, pagi tadi.

ANGGOTA Bomba memadamkan sisa kebakaran di Julau, pagi tadi.
ANGGOTA Bomba memadamkan sisa kebakaran di Julau, pagi tadi.

66 rumah pekerja musnah akibat puntung rokok

PAKAN: Seorang lelaki warga Indonesia melecur disambar api yang tercetus daripada puntung rokok dibuangnya ke kawasan penyimpanan bahan api itu, di sini hari ini.

Kebakaran kira-kira jam 10 pagi itu turut menyebabkan tiga blok kediaman menempatkan 66 rumah pekerja di tapak pembinaan di Jalan Lubok Graji, Jalan Ulu Julau-Ulu Pakan itu musnah.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon 4 Sibu, Abdul Mutalib Rashid, saksi di tempat kejadian mendakwa mangsa berusia 21 tahun, merokok di kawasan larangan itu.

Berdasarkan pemeriksaan awal, puntung rokok dibuang lelaki berkenaan dipercayai terkena cecair 'thinner' yang bocor, lalu mencetuskan api yang seterusnya menyambar tangki simpanan petrol.

"Ketika kejadian, dua pekerja berada di kawasan larangan merokok itu dan mangsa yang cedera dikatakan merokok di kawasan stor. Mangsa cedera parah di bahagian depan badan dari muka ke kaki.

"Dia dikejarkan ke Klinik Kesihatan Nanga Wak yang terletak kira-kira 10 kilometer dari lokasi kejadian untuk rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Abdul Mutaliub berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.09 pagi sebelum menghantar 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor serta Sarikei ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 50 kilometer dari Bintangor.

"Jentera pertama tiba di lokasi pada jam 11.32 pagi dan anggota kami mengambil masa 30 minit untuk mengawal kebakaran sebelum berjaya dipadam sepenuhnya pada jam 1 tengah hari tadi," katanya.

Berita Harian X