Selasa, 29 Ogos 2017 | 5:22pm
AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) hari ini, melupuskan dadah jenis Methamphetamine seberat 16.73 kilogram (kg) bernilai RM 3.5 juta.
ABDUL Rahman (dua dari kanan) melihat proses pelupusan dalah jenis Methamphetamine seberat 16.73 kg bernilai RM 3.5 juta.

Maritim Malaysia lupuskan syabu RM3.5 juta

PUTRAJAYA: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) hari ini, melupuskan dadah jenis Methamphetamine seberat 16.73 kilogram (kg) bernilai RM 3.5 juta.

Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan Maritim Malaysia, Datuk Abdul Rahman Mohamad, berkata dadah berkenaan adalah hasil rampasan pada 2014 yang dilakukan pada kedudukan empat batu nautika barat daya Tanjung Tokong, Pulau Pinang.

"Pelupusan dadah ini adalah pelaksanaan kali pertama oleh Maritim Malaysia. Ia dilupuskan secara terkawal dengan kaedah pembakaran menggunakan inkubator oleh syarikat tempatan yang dilantik bagi melaksanakannya.

"Methamphetamine ataupun lebih dikenali sebagai syabu ini adalah dadah sintetik dan pelupusannya perlu dilakukan secara terkawal kerana boleh menjejaskan kesihatan manusia dan haiwan serta berbahaya kepada alam sekitar.

Justeru, pelupusan yang terkawal dan selamat seperti ini perlu dilaksanakan dengan sempurna," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abdul Rahman menegaskan, Maritim Malaysia serius dalam mengendalikan kes berprofil tinggi bermula daripada tangkapan, siasatan, perbicaraan dan seterusnya sehingga ke pelupusan barang bukti, iaitu peringkat terakhir di dalam sesuatu kes.

Berita Harian X