Rabu, 23 Ogos 2017 | 11:22am

Operasi cari kru kapal AS diteruskan

KUALA LUMPUR: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) sembilan lagi anak kapal USS John S McCain yang hilang selepas kapal perang pemusnah peluru berpandu milik Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) itu berlanggar dengan sebuah kapal dagang Singapura di Selat Melaka, kelmarin, diteruskan hari ini.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Zulkifili Abu Bakar, berkata SAR yang memasuki hari ketiga diteruskan pada keluasan sektor pencarian 867.5 batu nautika persegi.

Perkara itu dimaklumkan beliau menerusi entri akaun Twitter rasminya, @KPMaritimMsia yang dimuat naik pada jam 9.47 pagi tadi.

KENDERAAN jenis Toyota Unser remuk selepas berlanggar dengan sebuah lori di Kilometer 25.8 Jalan Kulai-Kota Tinggi berhampiran Loji Rawatan Air Semanggar, Kota Tinggi. - Foto Ihsan Bomba Johor
KENDERAAN jenis Toyota Unser remuk selepas berlanggar dengan sebuah lori di Kilometer 25.8 Jalan Kulai-Kota Tinggi berhampiran Loji Rawatan Air Semanggar, Kota Tinggi. - Foto Ihsan Bomba Johor

"SAR hari ke-3 diteruskan dengan keluasan sektor pencarian 867.5 bn persegi @tldm_rasmi @mykamarul @PPMPDRM @lautMY @NajibRazak @PMOMalaysia," katanya.

Zulkifli turut melampirkan peta sektor pencarian SAR hari ini, yang mana misi di lautan menggunakan aset milik Maritim Malaysia dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dibahagikan kepada lapan sektor iaitu Sektor A, B, C, D, E, F, G, dan H.

Pencarian menerusi udara oleh tiga helikopter milik Maritim Malaysia, TLDM dan Tentera Darat Malaysia (TDM) dipecahkan kepada tiga sektor iaitu A1, A2 dan A3.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi kelmarin, kapal John S McCain bertembung dengan sebuah kapal tangki minyak MV Alnic, berhampiran Pengerang dan Pulau Batu Putih, menyebabkan 10 anak kapal hilang, manakala lima lagi tercedera.

Satu mayat ditemui pasukan SAR dari KD Handalan TLDM di sektor keempat kawasan pencarian iaitu empat batu nautika timur Tanjung Penawar, dalam perairan Malaysia, kira-kira jam 3.45 petang semalam.

Difahamkan, jarak penemuan lokasi mayat adalah 7.5 batu nautika barat laut dari lokasi pelanggaran.

Mayat mangsa dibawa ke jeti Kapal Diraja Sultan Ismail (KDSI) TLDM, Tanjung Pengelih, Johor sebelum diserahkan kepada pihak AS.

KETUA Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Datuk Zulkifli Abu Bakar. - Foto Fail Abd Rahim Rahmat
KETUA Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Datuk Zulkifli Abu Bakar. - Foto Fail Abd Rahim Rahmat
Berita Harian X