Jumaat, 11 Ogos 2017 | 11:17am
KEADAAN seorang remaja yang terbabit dalam nahas motosikal di Padang Melangit - Guar Jentik, di sini, malam tadi..- Foto ihsan pembaca
KEADAAN seorang remaja yang terbabit dalam nahas motosikal di Padang Melangit - Guar Jentik, di sini, malam tadi..- Foto ihsan pembaca

Pelajar maut motosikal bertembung

PADANG BESAR: Seorang pelajar Tingkatan Empat maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah motosikal lain di Kilometer 9.4 Jalan Padang Melangit - Guar Jentik, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian 9 malam itu, mangsa, Mohd Faris Hakimi Abdul Hamid, 16, dipercayai dari arah Guar Jentik menghala Padang Melangit bertembung dengan motosikal ditunggang seorang remaja berusia 19 tahun dari arah bertentangan.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Ghazani Abdul Ghani, berkata mangsa maut di lokasi kejadian, manakala remaja yang cedera kini dirawat di zon kritikal Hospital Tuanku Fauziah (HTF).

Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Sekyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Berita Harian X