Jumaat, 11 Ogos 2017 | 9:11am
ANGGOTA bomba berusaha menyelamatkan mangsa kemalangan.
ANGGOTA bomba berusaha menyelamatkan mangsa kemalangan.
KEADAAN kenderaan mangsa yang terbabit dalam kemalangan di Sarikei, malam tadi.
KEADAAN kenderaan mangsa yang terbabit dalam kemalangan di Sarikei, malam tadi.

Pemandu maut, kereta terbalik

SARIKEI: Seorang lelaki maut selepas kereta jenis Toyota Vios yang dipandunya hilang kawalan dan terbalik di Jalan Repok, di sini, kira-kira jam 7 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Sarikei, Superintendan Mat Jusoh Mohamad, berkata mangsa, Lennon Wong King Teck, 20, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sarikei pada jam 9.49 malam.

Beliau berkata, seorang lagi remaja, Lim Ban Aik, 19, yang bersama mangsa dalam kenderaan itu hanya cedera ringan.

"Siasatan awal mendapati, mangsa dan rakannya dalam perjalanan menghala ke bandar Sarikei sebelum kenderaan mereka terbabas di tempat kejadian," katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei, Suna Kaha, berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada jam 7.07 malam.

Beliau berkata, sembilan anggota dikejarkan ke tempat kejadian, yang hanya terletak satu kilometer dari balai.

"Setibanya di lokasi, didapati seorang lelaki tersepit di tempat duduk pemandu dan kami mengeluarkannya sebelum menyerahkannya kepada pihak paramedik.

"Seorang lagi mangsa dikeluarkan oleh orang awam dan hanya cedera ringan," katanya.

Berita Harian X