Isnin, 7 Ogos 2017 | 6:18pm

Tak mengaku rakam video bawah skirt

KUALA LUMPUR: Seorang eksekutif pemasaran sebuah bank mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan merakam video bawah skirt seorang wanita, Jumaat lalu.

Lim Zheng Xian, 23, didakwa cuba mengaibkan kehormatan wanita berusia 24 tahun itu dengan merakam video dari bawah skirt mangsa di tangga eskalator di hadapan sebuah kedai sebuah pusat beli-belah di Brickfields pada jam 8 malam, 4 Ogos lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nur Farah Adilah Noordin menawarkan jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah mengurangkan jaminan atas alasan menanggung keluarga.

Majistret Mahyudin Mohmad Som membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 11 September ini untuk sebutan semula kes.

Berita Harian X