Khamis, 3 Ogos 2017 | 7:51am
- Foto FB Malaysian Meteorological Department
- Foto FB Malaysian Meteorological Department

Gempa bumi gegar sempadan Myanmar-India

KUALA LUMPUR: Gempa bumi berukuran 5.3 magnitud pada skala Richter melanda sempadan Myanmar-India, kira-kira 2,077 kilometer (km) di barat laut Padang Besar, Perlis, jam 2.18 pagi tadi.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia, tiada ancaman tsunami dilaporkan.

Gempa bumi itu tidak menimbulkan ancaman tsunami kerana gempa bumi bermagnitud 5.0 hingga 5.9 pada skala Richter dianggap sederhana.

Dalam pada itu, ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang di Perlis, Kedah, Pulau Pinang serta lapan daerah di Perak iaitu Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak dijangka berterusan sehingga pagi ini.

Jabatan Meteorologi turut melaporkan cuaca sama melanda tujuh daerah di Selangor mencakupi Sabak Bernam, Kuala Selangor, Gombak, Petaling, Klang, Kuala Langat dan Sepang; Rembau, Seremban dan Port Dickson di Negeri Sembilan; serta Kuala Penyu, Beaufort, Kota Belud, Tuaran, Kota Kinabalu, Penampang, Papar, dan Kudat di Sabah; selain Putrajaya dan Labuan. 

Berita Harian X