Khamis, 13 Julai 2017 | 11:33am

Lelaki kelar bapa didakwa

MOHAMAD Nazri Abdullah ketika dibawa keluar dari perkarangan Mahkamah Majistret Jelebu atas tuduhan membunuh bapanya dalam kejadian di FELDA Lui Timur pada 2 Julai 2017 yang lalu. - Foto NSTP/Iqmal Haqim Rosman

KUALA KLAWANG: Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini kerana membunuh bapanya awal bulan ini.

Tertuduh, Mohamad Nazri Abdullah, 44, dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dengan mengelar leher ayahnya, S Valaytham, 73, hingga mati di sebuah rumah di FELDA Lui Timur, Bahau, antara jam 10.30 malam hingga 11.20 malam pada 2 Julai lalu.

Dia tidak mengaku salah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Majistret menetapkan sebutan semula kes pada 9 Ogos depan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Ahmad Hijrah Wan Abdullah, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Berita Harian X